Tuesday, May 31, 2011

Fadhilat Kurma

Diriwayatkan drp Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasullullah saw memakan buah-buahan dengan kurma masak"

Diceritakan oleh Jumaaah bin Abdullah yg disampaikan oleh Marwan yg mendapat berita drp Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasullullah saw bersabda: "Sesiapa meakan 7 biji ajwa dia akan terkawal drp kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"

Khasiat kurma "Ajwa" sebagaimana yg tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yg dikurniakan Allah swt bertepatan dgn kemuliaannya sbg jenis kurma pertama yg ditanam sendiri oleh Rasullullah saw.

Terdapat jg dalam Quran yg menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yg dialami oleh Saidatuna Maryam rha ketika beliau mengandungkan Nabi Isa as sebagaimana dalam surah Maryam ayat 25:
"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yg masak"

Penemuan sains tentang khasiat buah kurma yg kaya dgn zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara islam yg terkandung dalam alquran dan hadis bukanlah perubatan yg sesuai dengan orang arab dan pada masa itu sahaja. Tetapi ia diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Maka tidak hairanlah negara2 barat seperti Perancis dan Amerika kini menjadi pengeluar produk kurma terbesar dunia kerana usaha mereka mengkaji alQuran dan Hadis.

Rasullullah saw pernah bersabda " Beri makan buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil dan barang siapa yg memakan buah kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yg akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan santun; kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa as adalah buah kurma"

Hadrat Anas ra meriwayatkan Nabi saw berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tidak terdapat kurma maka baginda saw akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur maka baginda saw minum beberapa teguk air" (Hadis riwayat Ahmad)

Anas bin Malik " Rasullullah saw berbuka dengan kurma dan barangsiapa yg tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih"

PETIKAN HADIS2 TENTANG KURMA
1.  "Rumah yg tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan"
      HR Muslim (no 2046)

2.  Ali ra berkata "Sesiapa makan setiap hari 7 kurma ajwa, ia akan membunuh segala penykit dalam
     perutnya"

No comments:

Post a Comment