Thursday, November 10, 2011

DIDIK ANAK CARA SUNNAH

- takutkan dgn azab Allah
- cintakan sunnah
- ajarkan doa2 masnun
- pakaian yg menutup aurat wpun masih kecil
- ajar adab-adab dan sunnah
- cintakan syurga( kenikmatan, keindahan, hajat)
- bataskan pergaulan
- ajar solat, quran
- latih cakap kebesaran Allah

4 tahap anjuran ulama'
1. 1-7 thn bermain dgn ank2
2. 7-14 thn latih ank2. pmpuan ajar masak, jahit, sopan santun dll. Lelaki ajak gi
     masjid, ziarah saudara, kenalkan dgn saudara dan kwn2 bapa, bersh rumah, 

     halaman dll.
3. 15-21 thn berkawan dgn mereka. Jgn pukul lagi. Mana ade kwn pukl kwn. Dgr
     masalah, keluhan ank2, bincang dgn baik. Yg pmpuan carikan jodoh.
4. 21 thn ke atas. Lepaskan mereka buat kptsan. Bimbing dn bantu je jgn
     kongkong khidupan ank2.
     Kelemahan org kita suka kontrol ank2 smpai dah besar pnjang pun bg syarat kat ank2 spt " Hari Rayae klu xblk gumah mak, mak     

     xngaku ank"
     "Klu nak kwin dgn pmpuan yg bekerrja je"
     "Klu nak kwin dgn org dlm negeri kita je!"

Friday, October 28, 2011

NI LAH DUNIA

  • Assalamulaikum...kisah seorg Raja (Dinasti Mogul) di India, seorg Islam...dia seorg yg sgt cinta pada hartanya, setiap hari dia akn masuk ke dalam bilik khazanah hartanya, yg kuncinya hanya 2, satu dia pegang, satu lagi dipegang oleh Bendahara...apa dia buat dlm bilik harta tu? Dia belek2 harta dia, pakai emas2 n berlian tu satu persatu, usap2 hartanya sehingga dia puas, baru dia keluar. Bilik itu... dibikin pintunya yg mana bila ada org masuk akan terkunci sendiri...security lah tu...
    Satu hari, Raja buat routine masuk bilik hartanya n routine nya pintu tu akan terkunci bila dia masuk...malangnya kuncinya tertinggal di luar...tanpa disedarinya. Bila dah puas menelek harta2nya, dia pun nak keluar, baru perasan yg dia dah terkunci di dalam...nak jerit pun org takkan dgr sbb bilik hartalah katakan, tebal dindingnya...dia pun tunggu dgn sabar...mungkin nanti bendahara akan datang n buka pintu itu...
    Kebetulan bendahara mmg dtg, bila dilihat kunci ada di luar, maka dia anggap, ini tentu Raja tertinggal kunci ni...dia pun ambil kunci pegi jumpa Raja...di cari tapi Raja takde, dicari sana sini, takde juga...hingga esoknya, Raja tak pulang2 ke istana...kemudian di kerah rakyat jelata mencari Raja...satu negara di cari tak jumpa2 juga...hinggalah seminggu...
    Maka, sah lah...Raja dah takde...maka anaknya pun diangkat menjadi Raja. Anaknya pun mcm bapak dia, cinta pada harta...perkara pertama dia nak buat ialah tengok harta...maka dia mintak kunci dari Bendahara...
    Apabila pintu di buka, terlihatlah sekujur tubuh ayahnya yg dah jadi arwah...
    Semasa dalam bilik tu, mungkin ayahnya dapat bertahan bberapa hari, namun bila dah lapar n dahaga, akhirnya mati juga dia....
    Sebelum mati dia sempat menoreh sedikit jarinya n dgn darahnya dia tulis di lantai bilik...apa dia tulis?
    Anaknya pun baca..."CELAKA LAH ORG YG MENCINTAI HARTA! SEMASA AKU KELAPARAN SEORG DIRI, HARTA TIDAK DAPAT MEMBERI AKU MAKAN, SEMASA AKU KEHAUSAN, HARTA TIDAK DAPAT MENGHILANGKAN DAHAGAKU..."

    Pengajarannya...Allah tidak pernah meletakkan ketenangan, kebahagiaan, kejayaan, dstnya, dlm harta....namun manusia masih lagi berlumba2 utk mencari harta....
    Semoga Allah selamatkan kita dari fitnah harta...Nabi SAW bersabda lbh krg...
    SETIAP UMMAT ADA FITNAH MASING2....FITNAH BAGI UMMAT KU IALAH DINAR N DIRHAM...maqsudnya ujian terbesar bagi ummat ini ialah harta...

    WALLAHUALAM...
  • Ciluk my wife fb

Monday, October 3, 2011

KURMA MALAYSIA

               AKHBAR SINAR HARIAN EDISI MELAKA 3/10/11

               Cepat-cepatlah tanam pokok kurma, nanti akan dapat hasil
               macam ni jgk.
               Dapatkan anak pokok kurma 019 6076822 HJ RAUF

               Lagi gambar tgok www.alaikaya.com/tamar

Saturday, October 1, 2011

INSYALLAH MEMANG KURMA BOLEH BERBUAH DI MALAYSIA

Dah banyak kawan2 email, mms, sms lah memang dah banyak pokok kurma yang telah berbunga dan berbuah di kawasan masing2.
UPM dah beli 13 batang, tunggulah kajian daripada mereka.
Tapi jangan dok tunggu je, tanam dulu. Bila kajian siap, pokok kita pun dah besar, ape lagi betapa bertuahnya kita.
Stok pokok Thailand dan Arab pun ade lagi ni!
Call/sms 019 6076822   @  rahofmra@yahoo.com.my

untuk gambar2 pokok kurma di Malaysia www.alaikaya.com/tamar

Tuesday, May 31, 2011

Fadhilat Kurma

Diriwayatkan drp Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasullullah saw memakan buah-buahan dengan kurma masak"

Diceritakan oleh Jumaaah bin Abdullah yg disampaikan oleh Marwan yg mendapat berita drp Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasullullah saw bersabda: "Sesiapa meakan 7 biji ajwa dia akan terkawal drp kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"

Khasiat kurma "Ajwa" sebagaimana yg tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yg dikurniakan Allah swt bertepatan dgn kemuliaannya sbg jenis kurma pertama yg ditanam sendiri oleh Rasullullah saw.

Terdapat jg dalam Quran yg menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yg dialami oleh Saidatuna Maryam rha ketika beliau mengandungkan Nabi Isa as sebagaimana dalam surah Maryam ayat 25:
"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yg masak"

Penemuan sains tentang khasiat buah kurma yg kaya dgn zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara islam yg terkandung dalam alquran dan hadis bukanlah perubatan yg sesuai dengan orang arab dan pada masa itu sahaja. Tetapi ia diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Maka tidak hairanlah negara2 barat seperti Perancis dan Amerika kini menjadi pengeluar produk kurma terbesar dunia kerana usaha mereka mengkaji alQuran dan Hadis.

Rasullullah saw pernah bersabda " Beri makan buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil dan barang siapa yg memakan buah kurma tersebut semasa hamilnya, maka anak yg akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan santun; kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa as adalah buah kurma"

Hadrat Anas ra meriwayatkan Nabi saw berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tidak terdapat kurma maka baginda saw akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur maka baginda saw minum beberapa teguk air" (Hadis riwayat Ahmad)

Anas bin Malik " Rasullullah saw berbuka dengan kurma dan barangsiapa yg tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih"

PETIKAN HADIS2 TENTANG KURMA
1.  "Rumah yg tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan"
      HR Muslim (no 2046)

2.  Ali ra berkata "Sesiapa makan setiap hari 7 kurma ajwa, ia akan membunuh segala penykit dalam
     perutnya"

Monday, April 11, 2011

POKOK KURMA SEDANG BERBUAH DI MELAKA CENTRAL

# Alhamdulillah nak dijadikan cerita gamai pulak kawan yng nak membantu panjangkan cerita pasal pokok kurma ni!
# Pagi tadi sorang kawan MMS sebatang pokok kurma hiasan di bahagian teksi, Melaka Central sedang berbuah. Nak confirm dulu baru boleh masuk blog ni!

Moralnya " Memang Pokok Kurma Boleh Berbuah di Malaysia"

# Jom le pakat2 tengok. baru umur kurang 3thn dah berbuah.

Wednesday, April 6, 2011

BERTEMU PEKERJA LADANG KURMA DI MADINAH MUNAWARAH

Syukur Allah temukan dengan sahabat yang pernah kerja
kat ladang kurma di Madinah Munawarah selama 5thn.
Dgn izin Allah 27jan 2011 bertemu hamba Allah tu kat Air Hitam Johor.
Alhamdulillah, antara yang menarik:
(i)  memang dia jaga pokok kurma, bubuh baja, kawinkan pokok dll
(ii)  xde sebab pokok kurma xberbuah. sepanjang pengalaman dia
     semua pokok bertina berbuah
(iii)  cara pembajaan sgt penting iaitu kandungan N, P, K.(ni kene tye org pertanian ni!)
(iv)  ade satu lagi yang mgkin boleh sy kongsi "tanam pokok kurma ajawa(kurma nabi) pun kena ade sanat
       tau! Sy gurau dgn dia "kat Malaysia ni sy sorang je dapat sanat tanam pokok kurma ajwa"

Wednesday, March 30, 2011

JAWAPAN KEPADA BEBERAPA PERSOALAN TENTANG KURMA

4.  Harga anak pokok? Kok mahal sanagt?
     harga anak pokok yang saya semai sebatang RM250 je!
     Menasabah lah tu, 2 thn baru boleh tinggi 3kaki.
     kalau yang Thailand tu hanya Rm400 je sebatang. Bawa dari Thailand
     tau!

     Tapi kalau berbuah, memang glamour betul!!
     Cubalah kalau xcayae!

    Memang pokok kurma seluruh dunia kena buat
     pendebungaan manual.
     Kat arab baik, cina baik, malaysia pun, Thailand pun.
     http://www.kurma.com/

6.  Cara penjagaan pokok kurma.
     Cara tanam, baja dan merumput sama macam poko kurma.
     Bila dah berumur 3thn baru boleh mula tarok baja buah.

    AKAN DATANG
    - pengalaman bertemu penjaga pokok kurma Madinah

Wednesday, March 23, 2011

JAWAPAN KEPADA BEBERAPA PERSOALAN TENTANG KURMA

1.  BOLEH KE POKOK KURMA TUMBUH KAT MALAYSIA

      - memang boleh!!!!!
      - dah banyak dah pokok kurma tumbuh kat Malaysia ni. Yang dah berbuah pun dah banyak.
      - cuma kaedah menanam yang tak betul menyebabkan pokok ni tak hidup subur dan tak ber buah.
      - di masjin negeri kota kinabalu hampir 50btg pokok ditanam
      - di masjid kristal kuala terengganu siap import lagi dari negara arab
      - uniten pun banyak yang ditanam.
      - kat kulai johor pun banyak ditanam.

2.  BOLEH KE KURMA BERBUAH KAT MALAYSIA.

      - pun boleh!!!!
      - ade beberapa tempat yang sudah mula berbunga dan berbuah.
      - di kg sempang melaka dan di baling kedah memang dah berbuah pun.
      - gambar akan menyusul kemudian.

3.  MANE NAK KENAL KURMA JANTAN KE BETINA?

     - yang paling senang bila dah keluarkan mayang.
     - mayang jantan akan keluar 2 mggu lebih awal daripada yang betina.
     - untuk maklumat lanjut boleh klik http://www.alaikaya.com/ untuk beli e-book

Tuesday, March 22, 2011

CERITA PASAL POKOK KURMA

1.  Boleh ke pokok kurma tumbuh kat Malaysia?

2. Boleh ke pokok kurma berbuah kat Malaysia?

3. Mane nak kenal pokok kurma jantan ke betina?

4. Harga? Kok Mahal sangat?

5.  Kaedah pendebungaan kurma?

6.  Cara penjagaan, baja dll!

Saturday, January 15, 2011

KURMA MALAYSIA

Assalamualaikum wrbt,
Salam perkenalan kepada pengunjung blog bertuah ini....